Friday, June 12, 2009

destinasi menarik di Kuala Lumpur

Planetarium Negara
a telah dirasmikan pada tahun 1994. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruhan reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.

Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar Malaysia.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.

Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.






Pasar Seni

Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.

Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.

Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.

Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.



pintu masuk ke bangunan Pasar Seni



bangunan Pasar Seni

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Perbandingan dengan bangunan tinggi lain

Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar PETRONAS sebagai gelaran menara tertinggi dunia.

Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.


Pembinaan

Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.

Kemudahan

Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.

Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.

Surau

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Jambatan angkasa

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Penyewa Menara Berkembar Petronas

Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas, anak-anak syarikat Petronas dan syarikat - syarikat yang berkaitan dengannya. Ruang pejabat di Menara Dua tersedia untuk disewa bagi syarikat lain. Microsoft mempunyai pejabat di tingkat 29 dan 30 di menara dua. Penyewa - penyewa yang lain termasuklah:


Pengaruh luar

  • Dalam siri kartun Totally Spies yang bertajuk Man or Machines. Sam, Clover dan Alex telah pergi ke Menara Berkembar PETRONAS untuk melakukan misi menyelamatkan lif itu bergerak sangat laju.
  • Dalam filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.
  • Dalam siri kartun Jackie Chan episod 58 yang bertajuk 'When Pigs Fly'.


Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996

Pembinaan

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.


Kelebihan

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.

Reka Bentuk

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.




Dataran Merdeka

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.

Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.

Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket pada petang Ahad.

Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890 jauh berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.

Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.

Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah dari Sungai Bonus . Tahun 1971 Kuala Lumnpur turut ditenggelami banjir besar.

Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.


Stadium Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan Malaya diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan pekikan 7 kali MERDEKA pada 1957

Tiang bendera pada waktu malam

Batu Caves

Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.

Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.

Meninggi di kira-kira 100 meter di atas bumi, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Yang terbesar, dipanggil Gua Tokong (Temple Cave), mengandungi satu siling setinggi seratus meter dan peninggalan mengenai agama Hindu yang menjadi tarikan. Untuk mencapainya, pelancong dikehendak mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.

Di bawah Gua Tokong adalah Gua Kelam (Darknesses Cave), dengan formasi batu-batan yang tidak dapat dicari di tempat lain. Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Persatuan Semula jadi Malaysia mengadakan pelawatan pengembaraan sambil belajar.

Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dogengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni.

Batu Caves pada asalnya merupakan salah satu tempat berlindung orang asli dari suku Temuan yang mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang

Batu Caves kemudiannya diterokai pada tahun 1878 oleh pedagang India K. Thambusamy merupakan unjuran besar batu kapur, yang menyimpan beberapa peralatan suci bagi Lord Subramania. Di dalam gua ini keadaan adalah gelap, sejuk dan agak menakutkan, tetapi mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

27-29 April 1980, Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak agar kerja-kerja loji kuari di Batu Caves yang masih berterusan itu hendaklah dihentikan serta-merta.


Kavadi yang di bawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania.

Batu Caves, Malaysia

No comments:

Post a Comment