Saturday, June 13, 2009

pelancongan di Pahang

Pantai Cherating

Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Chukai, Terengganu, Malaysia, merupakan tempat perkelahan yang popular.

Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong.

Kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai, pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini.

Pulau Tioman


Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.




Lokasi

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.

Pelancong

Jumlah pelancong sebulan antara 800-1200 orang pada tahun 1998. Pelancong datang dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini.

Asal-usul nama

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk

tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman d

ahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Daik iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer

dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.

Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.


Gugusan pulau

Terdapat 64 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :

Kampung

Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah:

Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut Chin

a Selatan manakala yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia.

Penduduk Pulau Tioman

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bila

ngan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.

Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.

Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa t

elah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.

Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah darata

n. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.

Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Kelantan lawan bahasa Darat. Ramai juga yang telah menguasai bahasa I

nggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.

Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemu

dian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.

Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.

Krisis bekalan air tawar

Pulau Tioman berhadapan dengan masalah bekalan a

ir tawar. Pulau Tioman tidak mempunyai sebatang sungai, kawasan tadahan, tasik, atau mata air bawah tanah.

Hujan musim tengkujuh antara Oktober dan Januari setiap tahun dianggap satu rahmat bagi penduduk di situ kerana air yang meresap

ke dalam tanah boleh disedut keluar dan disimpan di dalam tangki.

Cuaca

Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak ti

nggi pula datang dari Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan Di

sember, Januari, dan Februari. Ombaknya

mencapai ketinggian 5 meter dan boleh menenggelamkan bot.

Perancangan

Kerajaan Pusat bercadang hendak menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai m

ulai bulan Ogos 2002 melalui Lembaga Pembangunan Tioman. Seluruh Pulau Tioman adalah tanah rizab Melayu. Seluruh penduduk Tioman adalah orang Melayu. Jika ekonomi Pulau Tioman hendak berkembang lebih pesat, cadangan kerajaan ini patut digalakkan. Barangkali kerajaan akan bertindak bijak bagi memastikan orang Melayu khususnya di Pulau Tioman menikmati faedah setelah pulau ini dijadikan pulau beba

s cukai.

Beberapa projek jutaan ringgit akan dilaksanakan seperti:

  • Menaik taraf jeti di Kampung Tekek dan Kampung Mukut
  • Sistem pelupusan sampah
  • Sistem kumbahan di seluruh Tioman
  • Penempatan semula penduduk .
  • Sstem bekalan air ke Kampung Tekek, Salang dan Genting - RM5 juta
Tanah Tinggi Cameron

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan me mpunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Sejarah

Cameron Higland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang me

mbuat tinjauan pemetaan.



Keistimewaan

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Pekan

Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:

  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley
Air Terjun Kota Tinggi

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 15 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.

Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung Balau, Desaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai.

Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong, khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura. Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Kota Tinggi tidak mempunyai laluankereta api tetapi masih boleh berbuat demikian. Stesen KTM johor Bahru merupakan Stesen terdekat. Jaraknya hanya 45 kilometer sahaja dari bandar Kota Tin

air terjun Kota Tinggi

Taman Negara Endau Rompin


Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Di Taman Negeri Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.


Taman Negara Endau-Rompin
Jeram yang terdapat di sana
Gunung Ledang

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.


Cara Mendaki

Ada tiga runut mendaki:

  • Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
  • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.




permandangan Gunung Ledang

Gunung Ledang

pelancongan di Melaka, Bandar Bersejarah

A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Sejarah

Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.

Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.




Gereja St. Francis Xavier
Gereja St. Francis Xavier yang terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (bahasa Inggeris: Apostle of the East). St. Francis Xavier dikenang dengan usaha-usaha dakwah yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada abad ke-16.


Pantai Tanjung Bidara

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.




Muzium Kecantikan

Muzium Kecantikan terletak di Aras 2 Muzium Rakyat, Melaka. la telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996.

Pameran ini meliputi jangka masa yang panjang, dari zaman pra-sejarah hingga zaman moden. la menyingkap budaya kecantikan pelbagai masyarakat di serata pelusuk dunia. Kita dibawa melihat bagaimana setiap suku kaum mencipta keunggulan diri untuk kelihatan cantik pada kaca mata masyarakatnya walaupun terpaksa melalui pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Antara bentuk kecantikan ialah rajahan kulit atau tatu, memakai piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.

Objektif Penubuhan

Untuk membangkitkan kesedaran terhadap pentafsiran makna kecantikan yang ditinjau melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan. Untuk mempamerkan erti kecantikan dari pelbagai sudut menurut amalan budaya masyarakat dunia. Kecantikan diberi tafsiran baru berdasarkan kacamata masyarakat yang mengamalkan amalan hidup dan falsafah yang pelbagai.

Waktu Operasi

9 pagi - 6 petang (Ditutup pada hari Isnin)


Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta.

Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 11 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama.

Menara Taming Sari



Lantai Menara Taming Sari

Friday, June 12, 2009

pelancongan di Negeri Sembilan

Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Lokasi

Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Harga tol RM3.20.


Asal nama

  • Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
  • Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
  • Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Perkembangan

  • 1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
  • 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan keretapi ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah. Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
  • 1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
  • 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
  • 1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
  • 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Pantai

Tanjung Tuan

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.


keindahan pantai di Port Dickson

Tanjung Tuan

hotel yang terdapat di Port Dickson
kolam mandi yang terdapat di salah sebuah resort
Istana Lama Seri Menanti

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.


Istana Seri Menanti



Istana Seri Menanti atau Istana Lama

destinasi menarik di Kuala Lumpur

Planetarium Negara
a telah dirasmikan pada tahun 1994. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruhan reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.

Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar Malaysia.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.

Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.






Pasar Seni

Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.

Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.

Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.

Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.



pintu masuk ke bangunan Pasar Seni



bangunan Pasar Seni

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Perbandingan dengan bangunan tinggi lain

Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar PETRONAS sebagai gelaran menara tertinggi dunia.

Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.


Pembinaan

Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.

Kemudahan

Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.

Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.

Surau

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Jambatan angkasa

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Penyewa Menara Berkembar Petronas

Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas, anak-anak syarikat Petronas dan syarikat - syarikat yang berkaitan dengannya. Ruang pejabat di Menara Dua tersedia untuk disewa bagi syarikat lain. Microsoft mempunyai pejabat di tingkat 29 dan 30 di menara dua. Penyewa - penyewa yang lain termasuklah:


Pengaruh luar

  • Dalam siri kartun Totally Spies yang bertajuk Man or Machines. Sam, Clover dan Alex telah pergi ke Menara Berkembar PETRONAS untuk melakukan misi menyelamatkan lif itu bergerak sangat laju.
  • Dalam filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.
  • Dalam siri kartun Jackie Chan episod 58 yang bertajuk 'When Pigs Fly'.


Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996

Pembinaan

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.


Kelebihan

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.

Reka Bentuk

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.




Dataran Merdeka

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.

Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.

Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket pada petang Ahad.

Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890 jauh berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.

Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.

Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah dari Sungai Bonus . Tahun 1971 Kuala Lumnpur turut ditenggelami banjir besar.

Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.


Stadium Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan Malaya diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan pekikan 7 kali MERDEKA pada 1957

Tiang bendera pada waktu malam

Batu Caves

Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.

Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.

Meninggi di kira-kira 100 meter di atas bumi, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Yang terbesar, dipanggil Gua Tokong (Temple Cave), mengandungi satu siling setinggi seratus meter dan peninggalan mengenai agama Hindu yang menjadi tarikan. Untuk mencapainya, pelancong dikehendak mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.

Di bawah Gua Tokong adalah Gua Kelam (Darknesses Cave), dengan formasi batu-batan yang tidak dapat dicari di tempat lain. Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Persatuan Semula jadi Malaysia mengadakan pelawatan pengembaraan sambil belajar.

Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dogengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni.

Batu Caves pada asalnya merupakan salah satu tempat berlindung orang asli dari suku Temuan yang mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang

Batu Caves kemudiannya diterokai pada tahun 1878 oleh pedagang India K. Thambusamy merupakan unjuran besar batu kapur, yang menyimpan beberapa peralatan suci bagi Lord Subramania. Di dalam gua ini keadaan adalah gelap, sejuk dan agak menakutkan, tetapi mempunyai pemandangan yang menakjubkan.

27-29 April 1980, Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak agar kerja-kerja loji kuari di Batu Caves yang masih berterusan itu hendaklah dihentikan serta-merta.


Kavadi yang di bawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania.

Batu Caves, Malaysia