Friday, June 12, 2009

tempat menarik di Selangor

Tugu Keris

Tugu Keris merupakan sebuah tugu besar berbentuk sebilah keris di Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak di pinggir Lebuhraya Persekutuan laluan berhampiran Taman Kris dan Plaza Tol Sungai Rasau. Pembinaannya adalah atas perintah Sultan Selangor yang terdahulu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Jubli Perak bagi pemerintahan baginda pada 22 September 1985.


The Woods, Ulu Yam Perdana

The Woods terletak di Ulu Yam Perdana melalui Jalan Ulu Yam-Sg. Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur sekitar 30 minit perjalanan. The Woods merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu khasnya mereka yang ingin mengadakan program motivasi, hari keluarga, "team-building" dan sebagainya. Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu menghala ke Jalan Kuching, Batu Caves dan terus ke Ulu Yam melalui Empangan Batu. Jarak dari Empangan Batu ke The Woods hanya lebih kurang 12 km.

Tarikan The Woods merupakan tempat untuk bersantai dan istirehat yang sesuai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Terdapat chalet, bilik urusetia dan kemudahan asas yang lain. Bagi pengunjung yang gemar akan perkhemahan, pengunjung boleh berbuat demikian di sini. Sungai yang cantik dengan airnya yang bersih dari kaki bukit melegakan badan dan menyamankan fikiran. Sekiranya pengunjung gemar memancing seperti ikan tengas, sebarau, seluang dan kelah, tidak salahnya pengunjung turut mencuba tempat ini.


Bukit Cahaya Seri Alam

Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Pertanian Bukit Cahaya terletak dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada 1986 dengan tujuan utama untuk mampamerkan kemajuan bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia. Kecantikan dan keunikan taman ini telah mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang awam. Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan bas, basikal sewa, kereta kuda, jungle trekking, kedai makan, kawasan perkhemahan dan chalet. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari cuti umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.



No comments:

Post a Comment