Saturday, June 13, 2009

Air Terjun Kota Tinggi

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 15 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.

Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung Balau, Desaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai.

Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong, khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura. Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Kota Tinggi tidak mempunyai laluankereta api tetapi masih boleh berbuat demikian. Stesen KTM johor Bahru merupakan Stesen terdekat. Jaraknya hanya 45 kilometer sahaja dari bandar Kota Tin

air terjun Kota Tinggi

Taman Negara Endau Rompin


Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Di Taman Negeri Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.


Taman Negara Endau-Rompin
Jeram yang terdapat di sana
Gunung Ledang

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.


Cara Mendaki

Ada tiga runut mendaki:

  • Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
  • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.




permandangan Gunung Ledang

Gunung Ledang

No comments:

Post a Comment