Thursday, June 11, 2009

pelancongan di negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di barat laut Semenanjung Malaysia.

Kota Cornwallis

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.

Pembinaan

Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.

Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.

Pelancongan

Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.








Kuil Kek Lok Si
Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.





Bukit Bendera

Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.

Meninggi lapan ratus dan tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) menyumbangkan tempat nyaman yang membolehkan pelancong-pelancong mengasingkan diri daripada panas melekit di bawahnya.

Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada garisan laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin telah membekalkan strawberi keadaan bertumbuh yang baik.

Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.




Batu Ferringhi

Batu Ferringhi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown.

Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.

Pantai Batu Ferringhi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi 26 Disember 2004.

No comments:

Post a Comment