Thursday, June 11, 2009

Pelancongan di negeri Perlis

Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis” (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .

"Negeri Permai Lagi Mempesona", merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam.

Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis.

Taman & Hutan

Makanan


HUTAN LIPUR BUKIT AYER

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.

Di sini juga dikhaskan sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak. Tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.


Taman Rekreasi Gua Kelam

Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.

Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.

Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai ba

wah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.



Gua Kelam, Perlis


Taman Rekreasi Tasik Melati


tasik ini merupakan sebuah tasik yang kecil dengan air yang cetek dan sangat menarik. Lebih daripada 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan di tasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini bagi membolehkan pengunjung menikmati permandangan Tasik Melati ini. Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia merupakan sebuah tasik yang kecil tetapi indah serta dipelihara. Ia mendapat nama melalui bunga teratai yang hidup terapung-apung di atas permukaan air. Tasik buatan manusia ini sering menjadi tempat untuk beristirahat, berkelah dan menenangkan fikiran.





No comments:

Post a Comment