Friday, June 12, 2009

pelancongan di Negeri Sembilan

Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Lokasi

Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Harga tol RM3.20.


Asal nama

  • Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
  • Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
  • Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Perkembangan

  • 1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
  • 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan keretapi ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah. Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
  • 1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
  • 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
  • 1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
  • 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Pantai

Tanjung Tuan

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.


keindahan pantai di Port Dickson

Tanjung Tuan

hotel yang terdapat di Port Dickson
kolam mandi yang terdapat di salah sebuah resort
Istana Lama Seri Menanti

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.


Istana Seri Menanti



Istana Seri Menanti atau Istana Lama

No comments:

Post a Comment